Carta Organisasi Jabata Ekstra Kurikulum 2011

Ketua Jabatan : Pn. Sapinah Hamzah
Setiausaha : Cik Ain Madiha Abdul Halim
Bendahari : Cik Nik Wan Nurnajmah Wan Ramli
(KAPA)
Penyelaras JPA : Tn. Mohd Haafiz Aris
Guru Penasihat :
  1. Tn. Mohd Firdaus Mohd Disa
  2. Pn Wasitah Hassan
  3. Cik Ain Madiha Abdul Halim
  4. Cik Nik Wan Nurnajmah Wan Ramli
(KRS)
Penyelaras KRS : Pn. Yusmerdawati Mohd Yusoff
Guru Penasihat :
  1. Tn. Sukri Hasim
  2. Pn. Noor Hidayah Ahmad
  3. Pn. Norhayuzi Abd Rashid
Penyelia Inventori dan 'Obstacle Course' : Tn. Mohd Haafiz Aris

Cara-Cara Menyelamat Mangsa



Matlamat :

-Untuk memberi pendedahan kepada orang awam kerja-kerja menyelamat dengan betul dan selamat
-Supaya dapat menyelamat mangsa tanpa menghadapi sebarang masalah dari tempat yang merbahaya
-Supaya dapat menenangkan keadaan mangsa
-Supaya dapat menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan teratur , licin dan berkesan
-Dapat menghindarkan bahaya yang akan diterima oleh mangsa-mangsa


Halangan semasa menyelamat :

-Keadaan tempat
-Keadaan mangsa
-Masa
-Pemandangan yang kurang jelas
-Bahang api yang panas
-Perabut yang sedia ada menjadi penghalang
-Karen elektrik yang hidup
-Gas-gas yang beracun
-dan lain-lain . .

Semua kaedah ini memerlukan kretiviti anggota penyelamat untuk memilih kaedah yang sesuai semasa membuat kerja-kerja menyelamat.
Ia juga bergantung kepada tempat kejadian , keadaan mangsa , masa dan jumlah anggota penyelamat yang ada.


( 1 ) One Rescuer Assist

Cara membawa mangsa mengalami kecederaan di sebelah kaki kiri atau kanan . Tetapi prinsip ini kurang baik kerana pembimbing mangsa akan menanggung keberatan mangsa semasa bergerak.



( 2 ) Piggy Back Carry

Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mesti sedar serta mampu untuk berdiri semasa anda hendak mengangkatnya . Ia mestilah tidak mengalami kecederaan yang teruk



( 3 ) Front Piggy-Back Carry

Mangsa diperlakukan seperti Piggy Back Carry dan mangsa mestilah sedar dan tidak mengalami kecederaan patah tulang yang teruk .

a) Menghadap kepada mangsa dengan kedudukan berdiri
b) Masukkan tapak tangan anda di bawah ketiaknya
c ) Arahkan mangsa untuk naik serta mengepit dan menyilangkan kakinya di pinggang anda.


( 4 ) Darling Carry / Cradle Carry

Semasa menggunakan teknik ini mangsa yang sedar ataupun pengsan . Mangsa boleh diangkat atau diampu oleh tangan anda . Ia boleh diampu di dalam keadaan baring terlentang ataupun duduk .



( 5 ) Fireman's Lift / Carry

Teknik ini dugunakan dengan meluas , melainkan kepada kecemasan yang terlalu teruk . Mangsa mestilah boleh dipikul oleh penyelamat di bahunya keseimbangan dan kerjasama memainkan peranan penting di dalam penggunaan teknik ini . Teknik ini juga sesuai untuk mangsa yang pengsan .


( 6 ) Arm Lift / Back Strap Carry


SMIAAG Obstacle Course

-Bismillah-


Alhamdulillah, Obstacle Course Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak sudah pun siap dibina dan boleh digunakan sejak Mac 2010 . Kepada yang baru dengar tentang Obstacle Course ini , sebenarnya ia terletak di belakang jambatan sekolah . Kepada yang mahu menggunakannya , inform dulu kepada Cikgu Sapinah , Ketua Jabatan Ekstra Kurikulum SMIAAG ye :)

















Pertolongan Cemas

-Bismillah-

Anduh

Terdapat 5 jenis balutan anduh:
-Anduh lengan
-Anduh kepala
-Anduh lutut/siku
-Anduh pergelangan tangan
-Anduh tapak kaki


kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :



ANDUH LENGAN.

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.



ANDUH LUTUT.

-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera .
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .



ANDUH KEPALA.

-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .



ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI.

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .



Ikatan .

IKATAN SIMPUL ANGKA LAPAN .

- Mematikan simpul pada tangkal .
- Daya tindakan pada simpul ini sangat seimbang .



IKATAN SIMPUL PULIH .

- Memendekkan tali tanpa memotongnya .
- Menguatkan tali yang kurang kuat .



IKATAN SIMPUL BELIT .

- Mengikat tali pada tiang .
- Membuat penyidai kain .
- Berakhir dengan dua lilitan simpul manuk .



IKATAN SIMPUL TINDIH KASIH BERKEMBAR .

- Digunakan sebagai simpul kerusi bomba dalam kerja-kerja menyelamat .
- Lebih kuat daripada simpul tindih kasih biasa .



IKATAN SIMPUL TINDIH KASIH .

- Membuat gelung tali yang tidak akan tergelincir keluar pada hujung tali .
- Untuk kerja-kerja menyelamat seperti membawa mangsa turun dari bangunan tinggi .



IKATAN SIMPUL BUNGA KETI .

- Digunakan untuk mengikat dua tali yang sama tebal atau tidak sama tebal .
- Digunakan unutk mengikat dua tali ke seutas gelung tali .
- Kerap kali digunakan untuk mengikat bendera .



IKATAN SIMPUL MANUK .

- Untuk mengikat hujung tali pada pancang atau tiang .
- Manuk digunakan untuk membuat ikatan empat segi atau ikatan seraya .



IKATAN BUKU SILA .

- Digunakan untuk mengikat 2 utas tali yang sama tebal .
- Sering digunakan dalam pertolongan cemas kerana ikatan ini dapat dibuka dengan cepat jika diikat dengan betul .
- Cara membukanya dengan menarik A dan B serentak .


solat jenazah dan solat khauf


SOLAT JENAZAH :
*TANPA RUKU' DAN SUJUD
*4 TAKBIR


NIAT :


Mayat lelaki : usolli ala hazihilmayti arbaa takbirotil fardukifayah imaman(ma'muman) lillahitaala.

Mayat perempuan : usolli ala hazihailmaytati arba'a takbirotil fardukifayah imaman/ma'muman lillahitaala..

ANGKAT TAKBIR PERTAMA : ALLAHUAKBAR!!

BACA AL-FATIHAH

TAKBIR KEDUA : SELAWAT

TAKBIR KETIGA :
Jika jenazah kanak-kanak : TAKBIR KEEMPAT: BAGI SALAM.

SOLAT KHAUF:

“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.” (an-nisa' 102)

APABILA MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLAT

Dari Shalih bin Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW berbaris dgn satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau bersembahyang bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri. Kelompok itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi musuh, lalu datanglah kelompok kedua yg bersembahyang serakaat bersama beliau –bagi Nabi saw merupakan rakat kedua- Beliau tetap saja duduk menunggu mereka menyelesaikan solatnya, kemudian beliau memberi salam dgn mereka bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Ibnu Majah]

Dari Ibnu Umar ra katanya, “Rasulullah saw bersembahyang dgn salah satu dari dua kelompok satu rakaat, sedang kelompok lainnya menghadapi musuh. Kemudian kelompok pertama pergi menggantikan kelompok kedua utk menghadapi musuh, sementara kelompok kedua ini datang bersembahyang dgn Nabi saw serakaat, lalu beliau memberi salam dan kedua kelompok itu masing2 menyelesaikan serakaat lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim]

Dari Ibnu Mas’ud katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni kelompok kedua- berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi salam.”

IMAM BERSEMBAHYANG DGN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT


Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw bersembahyang dgn sekelompok sahabatnya dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dgn kelompok yg lain dua rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan Nasa’I]

Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw melakukan solat khauf bersama kami. Beliau bersembahyang dgn sebahagian sahabatnya dua rakaat lalu memberi salam, dan jemaah inipun mudur. Lalu sahabat2 lain maju ke muka dan beliaupun bersembahyangdgn mereka dua rakaat lagi keudian memberi salam. Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang jemaah itu masing2 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]

Dari Jabir ra juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw dalam peperangan Dzatur Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau bersembahyang dgn satu kelompok dua rakaat, lalu mereka ini mundur. Kemudian beliau bersembahyang dgn kelompok yg lain 22 rakaat pla. Maka solat Nabi saw adalah 4 rakaat, sedang kedua kelompok masing2 2 rakaat.”

MUSUH BERADA ARAH KIBLAT

Dari Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw. Barisan kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di belakang beliau, sedang musuh berada di depan di arah kiblat. Nabi saw membaca takbir dan kamipun takbir pula, beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal kami pun I’tidal pula. Ketika beliau sujud, maka saf yg di muka ikut sujud, sedang di belakang tetap berdiri menghadap musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud dgn saf pertama, mka turunlah saf kedua utk melakukan sujud lalu kembali berdiri. Kemudian saf yg di belakang maju ke muka dan saf yg di muka undur kebelakang. Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun ruku’ pula, beliau mengangkat kepala, kamipum mengangkat kepala. Lalu apabila beliau, maka saf yg dimuka yg diwaktu rakaat pertama saf di belakang mengikutinya sujud, sedang saf yg kedua menghadapi musuh. Dan setelah Nabi saw selesai sujud dgn saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, kemudian beliau memebri salam dan kamipun sama2 memberi salam pula.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn Majah dan Baihaqi]

KEDUA2 KELOMPOK SAMA2 SEMBAHYANG DGN IMAM

Dari Abi Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama Rasulullah saw pada peperangan di Nejed. Beliau hendak solat asar, maka berdirilah beliau dgn satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi musuh dgn punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir dan seluruhnya –yakniyg sedang bermakmum dan sedang menghadapi musuh- turut bertakbir pula, lalu melakukan solat satu rakaat bersama kelompok di saf pertama serta sujud bersama mereka, sedang kelompok lain sedang berdiri menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok yg telah mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh menggantikan kawan2nya. Lalu kelompok yg digantikan itu kemudian sujud sedang Rasulullah saw tetap berdiri. Lau mereka berdiri utk rakaat kedua, dan setelah itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai duduk. Kelompok yg pertama pon datang lalu ruku’ dan sujud sendiri2. Setelah mereka duduk, maka Nabi saw memberi salam diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw bersembahayng 2 rakaat dan masing2 kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]

SOLAT IMAM 2 RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT

Dari Ibnu Abbas katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi Qird. Org2 berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang dgn saf di belakangnya itu satu rakaat, lalu saf yg sudah bersembahyang ini pergi mengantikan yg belum. Yg digantikan ini melakukan solat dgn Nabi saw satu rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat an-Nasa’I]

Dati ibnu Abbas juga katanya, “Allah mewajibkan solat atas Nabi saw di waktu menetap 4 rakaat, diwaktu bepergian 2 rakaat dan di waktu perang satu rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’I]

Dari Tsalabah bin Zahdan katanya, “Kami ikut dgn Sa’id bin Ash di Thabristan, lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yg pernah sembahyang Khauf bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab, “Saya!” Iapun bersembahyang dgn satu golongan satu rakaat dan dgn golongan lain serakaat pula dan masing2 mereka tidak menambahnya lagi.”[Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’I]

Adapun ketika keadaan yg amat gawat/kecoh setiap org hendaklah bersolat mengikut kemampuan mereka. Tidak perlu mengadap kiblat dan tidak perlu sujud dan ruku’. Memadai dgn isyarat kepala. Cuma hendaklah ketika isyarat sujud, hendaklah lebih rendah dari isyarat ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu Umar riwayat Imam Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar musuh. Perlu juga diektahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam sebrang keadaan yg memerlukannya spt terperangkap dalam banjir atau kebakaran.

*nota ini hanya sebahagian bahan yang mungkin boleh membantu. semoga ada manfaat.

sumber rujukan : solat khauf, solat jenazah, solat jenazah.

Ikrar Syabab

Sesungguhnya kami, anggota syabab dan fatayat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, berikrar akan mengabdikan seluruh kehidupan kami kepada Allah,
mengenal diri sendiri, mempunyai semangat perikemanusiaan,
mematuhi undang-undang, demi menegakkan deenul islam.

Misi dan Visi SMIAAG

Misi
-menjadi institusi pendidikan islam bersepadu yang terpilih.


Visi
-membentuk pelajar soleh wa musleh melalui sistem pendidikan bersepadu.

Tags

Masyab 2011

Pengerusi Masyab 2011,
Amirul Izzat Ishak


Timbalan Pengerusi Masyab 2011,
Aqila Dashuki